Monday, September 24, 2007

Panduan Qiamullail : Solat Sunat Tahajjud



Al-Muzzammil (Ayat 1-8)

[1]
Wahai orang yang berselimut!.
[2]
Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)




[3]
Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4]
Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
[5]
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6]
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.
[7]
(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
[8]
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.


Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama dari satu sampai Subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat.Jadi cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat dengan satu salam.

Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan Solat Tahajjud. Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah.

1)Lafaz niat:



Usolli Sunnatal Tahajjud Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akbar.

" Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

2)Pada rakaat pertama ucaplah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun .Rakaat kedua ucaplah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas

3)Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali,iaitu



Ertinya: "Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong "


4)Selepas memberi salam ucaplah doa :





Ertinya : " Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum .

Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan". Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah"


wallahualam

via[cbmmpsj][perubatan][alazim]



9 comments:

assyidah said...

salam.. moga diberi kekuatan untuk menunaikannya..

nissa said...

maaf...bacaan semasa sujud pada rakaat kedua tidak jelas...boleh upload yg jelas ke?

syahida said...

semoga diterima doanya dan diberi ketabahan untuk menjalani hidup , doakan ya ? : ) terima kasih

eja said...

assalamulaikum...sy nk tya adkh bcaan doa sbyak 3x pd sujud trakhir 2, wajib tuk d bca, sb sy ad trbca dalm lman2 web dan blog2 y len, mreka x srtakan doa trsebut...mnt tlng d trangkn trm ksih.

Shaik Muhammad Hanif said...

Insya'Allah, Jika Diberi kekuatan untuk Melawan Syaitan.....

iqbalmyrza said...

Alhamdulillah.selesai tahajjud saya dgn bantuan blog ni.thanks

Sapiah abdullah ong said...

Terima kasih atas perkongsia ini

Sapiah abdullah ong said...

Terima kasih atas perkongsia ini

Qalbu Hati said...

Utk bacaan dan doa dlm solat tahajjud, sila rujuk Al Quran dan Sunnah ..kalau tidak disebut, elok jgn lah diada adakan bacaan itu ini wajib or doa itu ini wajib.. Doa yg mustajab dtg secara fasih drp hati yg bersih.. Kalau baca doa arab yg tidak difahami kan sukar..