Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Luruskanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian dari kesempurnaan sembahyang.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 656
Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sempurnakanlah saf-saf. Sesungguhnya aku dapat melihat kamu yang berada di belakangku.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 657
Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Rapikanlah saf semasa sembahyang kerana merapikan saf itu sebahagian dari keelokan sembahyang.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 658
Hadis Nu'man bin Basyir r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu ingin meluruskan saf-safmu atau Allah akan menggantikan wajahmu.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 659
Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seandainya manusia mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi di antara mereka, sudah tentu mereka mahu mengundi. Seandainya mereka mengetahui kelebihan takbir iaitu menyegerakan sembahyang, sudah pasti mereka akan berlumba-lumba mendapatkannya dan seandainya mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam sembahyang Isyak dan sembahyang Subuh, sudah tentu mereka akan mendatanginya meskipun secara merangkak.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 661
Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Seandainya kamu mengetahui atau mereka mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam saf yang di hadapan, nescaya kamu atau mereka akan mengadakan undian.
Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 663
Wednesday, September 12, 2007
Hadith : Meluruskan Saf Dan Merapikannya
Tags:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment